Wednesday, December 23, 2009

Tak sabar nk bercuti panjang...

Olla...senyap je blog ni utk 2 minggu kan.
Nak annouce di sini cuti aku telah diluluskan oleh bossku. Itupun pny le payah nk dapat sbbnye tibe2 tender berderet2 datang. So sapa nak jawab tu..Aku tengok pun muak. Sebab slm bulan 11 aku rushing tender LRT dari Ampang ke Putra Height dan Kelana Jaya ke Putra Height (Buat Liza, nnti area rumah ko ade station LRT besar). Aku start cuti 30/12/09 till 11/01/2010....Tak le lama sangat kan. Tapi boss aku ni yg kalut risau tengok tender yg berderet2 ni..Macam le besar sgt position aku kt sini smpai org2 kt ofis ni dok highlight yg aku akan bercuti panjang..Siap boss aku email kt org2 lain yg akan turut serta dlm Tender2 di ofis ni..Haru betul..Next year sila naikkan GAJI ku ye boss. Siap promotion boleh..hahaha...
Skrg aku dah start packing barang2. Mana2 hadiah kahwin 4 tahun lepas dh diangkut ke rumah baru. Kesian kan aku tk de tempat nk simpan hadiah2 tu semua. So this time aku tak nak tengok dh kotak2 tu semua. Nak susun cantik2 kt kitchen cabinet aku. Aku akak berpindah 1hb jan 2010 ni..harap2 semuanya berjalan dengan lancar. Itu le sebab aku bercuti lama nak kemas2 kan rumah tu. Anyway bilik Wildan telah selamat dicat oleh Ayah dia. Bilik aku pun sama le dah di cat. Yang tengah pening hall nak cat kaler ape.
Kt bahagian atas telah siap di cuci, tinggal bawah je belum..Tapi pindah tetap pindah..Syok nyer rasa. Ade rasa puas sikit di hati. Maybe sebab berpindah ke rumah sendiri..Itu le home sweet home..
Nanti lagi lama le blog ni tak berjenguk. Tunggu tahun depan le baru update...Anyway Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan tak lambat lagi utk wish Salam Maal Hijrah. Ape azam korang semua untuk tahun ini..Ade yg berazam nak menambah ahli keluarga ke??? hehehhe Aku untuk penambahan ahli belum lagi.. This coming Januari Wildan 2 years.. dah besar anak teruna ku itu..

Tuesday, December 8, 2009

Eff Bee..............dunia Facebook

Today nak story pasal dunia FB ni..Aku pasti all of you pun crazy dengan Facebook ni kan...Aku pun sama le dalam sehari nak jugak terjah even busy macam mana pun kan...Good thing ramai jugak le kengkawan lama yg kite ketemu kembali di dunia FB ni..
Yang aku nak story sini, masa mula2 aku nk on FB ni aku dah cakap kat En Tauke even aku rasa dia belum berkesempatan nak tengok macam mana rupe FB ni..kesian suami ku kan...Tunggu ade lappy then we on the internet. Tapi dia paham le FB ni mcm mana so mcm2 pesanan le yang aku dapat. Especially kalau2 ade kengkawan lelaki yg add aku mesti kena kasi tau dengan dia...En tauke ni dari zaman aku berchenta dengan dia perangai dia mmg cenggini. So aku mmg sedia maklum le....Dah memang dari day 1 we couple dia mcm ni, so aku tidak le nak bising...So aku nak minta maaf le pada kengkawan lelaki yang lama di mana aku tidap dapat "Accept" mereka..Semalam ade member sekolah rendah yg add aku....Serba salah aku di buat nya..Ade member Polytech sampai cakap aku sombong dekat inbox ku....Nak buat macam mana kan...isteri mithali ni kena le ikut apa suami cakap. Nanti durhaka le plak. Dah tak cium bau syurga...hahaha...
Itu ni le story di pagi2 Selasa ini....Chiow...

Thursday, December 3, 2009

Salam Aidiladha...

Olla...salam aidiladha untuk semua..Dah lama tak menjengah blog ni..Kan entry lepas cakap busy so still reason sama busy selagi tender tak closing..Sebab kt ofis jelah boleh update new entry..
Aidiladha yang lepas aku beraya di kampung halaman ku Gerik, Perak. So apa lagi aktiviti makan2 jelah kt kg tu kan...Menu raya kt Gerik yang aku masak Nasi Beriani with Ayam Masak Merah, Dalca daging dan juga lontong. Juadah wajib seperti lemang dan rendang sure le Bonda terchenta yang sediakan...Aku sampai kampung pun dh Khamis petang...Lemang baru siap masak...Sedap makan lemang panas2. Tapi satu gambar pun tak de tak tau kenapa..Camera tu dok je diam2 dalam bagasi tu. Tak seperti raya puasa lepas gila gambar sungguh. Mungkin kerana kami 3 beranak ulang tayang balik baju raya puasa lepas so itu le punca tak bergambar..Alasan je kan...tak pun gila makan.
My home sweet home still under construction...Table top dan syiling dh settle. Kitchen cabinet pun dah cuma tunggu cat siap baru diaorg dtg install..Dapat le kot New year eve di rumah baru. Skrg dalam proses mengecat rumah..Tgh pikir2 kaler2 yang menarik..Dah tak larat nak tengok katalog cat dan juga majalah deco2 ni spt Impiana dan Anjung Seri tu..En tauke tu nak konsep moden so cat ape yang menarik ye kawan2. Aku bagi suggestion di tolak. Then aku ckp yg pasti bilik anaknda tetap nak BIRU....Kalau ade girl boleh jugak di cat PINK kan...majalah impiana bulan lepas cat rumah ala2 kaler gothic..Macam misteri je kaler dia..Gelap..
Satu masalah lagi langsir pun belum di tempah..Ni aku belum berkesempatan lagi survey kedai2 langsir. Langsir pun melibatkan budget yg besar..dah call tukang jahit tu suruh datang amik ukuran..kang ukur sendiri salah lak..harap2 sempat le dlm sebulan ni.
Skrg busy survey taska untuk Wildan. Sebab bile pindah nanti Wildan pun kena bertukar babysitter jugak. Since umur dia dh nak menjengah 2 tahun Januari nanti so aku nak masukkan dia ke taska. Bagi dia sosial dgn kawan2. Aku mcm berminat masukkan dia ke taska under Little Caliph, sebab taska tu just utk kids 1 yr to 3 yr. No babies...Then tempat limited just 15 kids je..nampak macam ok kan..kalau ramai2 tak terjaga pulak..4 yr terus ke kindy Little Caliph. Macam2 cerita yang aku dengar psl taska ni so harus berhati2 memilih. Tugas menghantar dan mengambil Wildan nanti di serahkan kepada En Tauke..Sebab berdekatan dengan kedai dia..Mcm mana ye Ayah&Anak tu pagi2. emm...kite tunggu dan lihat..
So, sekian untuk hari ini..
P/S : Liza, dh update. pnjg lebar..hahahha..