Thursday, August 20, 2009

Fetuccini Creamy Carbonarra yg menyakitkan hati...

Alkisah tajuk di atas mcm ni, semlm dh ptg Encik Tauke call aku ckp rs nk mkn Fetuccini Carbonarra tapi mls nak keluar mlm ni dia cakap. So dia mintak aku try msk. Mmg dh lama dia suruh aku try tp aku takut x menjadi. Takat bolognese tu mmg aku rs dh pass sgt utk tekak aku and dia. Carbonarra ni mmg kesukaan dia, setelah diperkenalkan oleh aku. Aku mmg suka dr dulu lagi bile pegi Pizza Hut sure aku order punya so dia pun sama skrg nih. Even pegi mana2 western restaurant sure carbonarra ni turut menjadi menu utama.

So smlm aku pun belek le resipi dlm simpanan aku. Resipi dan cara msk mmg mudah. Tp takut x kena cara sure rasa pelik je carbonarra aku tuh. Disebabkan anak teruna aku pun suka aku pun berkobar2 nak mencuba. Aku cuba google tengok resipi nyer semua lebih kurang sama dgn resipi yg aku ade. Tepat 5.30 aku terus balik sbb nk pegi mencari bahan kt mini market sblh office ni. Nak cari 'whipped cream' dgn parmesan cheese. Tp aku tk beli pun parmesan cheese tu sbb baru nk mencuba aku just beli cheedar cheese.

Yang aku pelik resipi tu semua taruk telur nak compare dgn yg pernah aku try makan xde rs telur pun. Tp xpe follow je resipi tuh. Smpai rumah amik Wildan terus mulakan operasi aku. Dh le nak masak satu hal si Wildan kaco jer..So ble kuah dh siap aku tengok pun mcm pelik. Rasa pun x sama dgn yg aku pernah mkn. Aku pun serve le utk 2 org lelaki tuh. Sekali ble Encik Tauke mencuba terus di komen nyer x mcm kt kedai pun. Dia ckp kenapa kuah ni berketul2. Apesal taruk telur. Aku rs panas je smpai ke kepala. Bengang giler. Tau le x jadi tp at least ckp le yg ok skit. Susah pyh aku msk ni. Sedih pun ade.. Wildan tau pe, mkn je x berenti mulut ckp nak..nak..

Rasa berasap je dada aku nih. Tmbh tengok dia mkn skit je. Lagi geram sbb penat aku msk x berbaloi sungguh. Aku ckp lps ni aku tak nak dgr dah perkataan creamy carbonarra tuh. Mulai dr mlm saye tutup dapur nih smpai puasa. Mogok masak..Nka buka puasa pun beli jer makanan dkt luar. Sbb dekat luar lg sedap..Encik Tauke tu diam je, dia ckp pe boleh try lg msk tapi tak payah taruk telur. Baru le rs lemak2 masin. Aku jwb tk de dah saye nak msk. Order je kt Pizza Hut tuh. aku makan jugak le skit even mmg rs dia lari dek telur tuh. tp rumah aku bukan ade org lain sapa lagi nk mkn. Membazir je. Dah le kos nk msk tu sama je dgn mkn yg dh siap..

Ini le alkisah Fetuccini Creamy Carbonarra....Sampai ke pagi ni teringat2 lg. Sebab so far tangan aku nih ok je mencuba resipi2 baru. Entah kenapa yg ni x menjadi....


Ini le rupe Fetuccini Carbonara tuh..Gambar ihsan Cik Google


Tuesday, August 18, 2009

Wildan turn to 19 months today..

Happy 19 months to Wildan today (18-01-2008 till 18/08/2009). Dah besar pun anak teruna saye nih..Kejap je ms berlalu lagi 5 bln je lagi utk masuk umur 2 tahun..Kalau fikir2 19 bulan tu mcm kejap je kan tengok dia dh sebesar skrg. Makin lincah nyer..hadoi penat jugak..
Skrg dh byk jugak le vocab yg dia kumpul. Pantang nampak org mkn atau pegang benda sure trus cakap nak..nak... Kalau benda yg dia tak nak geleng kepala sungguh2. Lasak nyer pun boleh tahan. Sampai kadang Ibu ngadu dgn Opah kt kg. Tak larat nk kejar dia..Pernah Ibu cakap kat Wildan 'Wildan naughty nanti Ibu hantar Wildan balik kampung duduk dgn Opah dan Atuk'. Ble cakap camtu dia gelak jer geram betul le. Ntah dia paham ke tidak. Yg dia tau sepahkan barang2 di dapur. Apa pun ini le anak kesayangan Ibu dgn Ayah.

Dulu..

Kini..

Monday, August 10, 2009

Today is Monday..

Ape cerita hari ni? Tak ade ape pun yg menarik...Melainkan cont'd kerja2 last week. Weekend lps balik Sekinchan. Sebelum balik kampung bawak Wildan jumpa paed utk jab vaksin Pneumococol. Berat dia 12.36kg. Tinggi x ingat lak Ibu ni. Utk jab yg ni ngangis jugak hero kecik tu. Ape ler hero ni...Tp paed pun ckp sakit jab ni. Next month baru jab utk 18 months.

Hari Ahad, ade mkn2 utk majlis memetik bunga di taman. Majlis merisik SIL then bertunangnya bulan 1 next year. Bila ade majlis ni aku penat le nk jadi guard utk Wildan tu. Tak boleh buat ape kena ikut je ke mana kaki dia melangkah. Dlm aku jaga2 tu sempat jugak dia jatuh tangga. Adoi kesian betul. Menangis x hingat dunia. Nasib satu anak tangga jer. Dia tidur baru boleh aku menolong ape yg patut. Semalam tugas utk memasak Ikan Masin Campur Nenas Msk Lemak Cili Api di serahkan kepada aku. Byk jugak tu satu periuk yg sederhana besar tu...Tp ok le habis lauk tu..

Ini jelah xtvt weekend ku.

P/S : Lambat nye Jumaat x sabar tunggu NUR + ADAM (Nurkasih) Unpredictable..Cepat Jumaat datang nak date dgn Adam..

Wednesday, August 5, 2009

Fraser Hill 11-13/07/09

Late entry ni...Dek kerana kesibukan ku dengan urusan kerja di ofis membuatkan aku tk berkesempatan nak ceritakan jalan2 ke Fraser Hill. Sebab di ofis jelah boleh aku update.. Bile le aku boleh 'berinternet' di rumah ni..

Percutian ni kire ok jelah. Sebab sapa2 pernah smpai ke sana nothing there. Just untuk rest and relax ok. Aktiviti kami hanya lepak kt apartment layan astro. Tapi sejuk le di atas sana. Hijau lagi bumi Tuhan ni. Tapi jalan ke sana mmg memeningkan. Wildan muntah sesampai dekat Fraser Hill. Jalan kecik then pusing2. Mana x pening Wildan.

Ni jelah gambar2 di Fraser Hill.

Deretan kereta menunggu di The Gap untuk naik ke atas.

Muka baru lepas muntah. Abis bau masam baju Ibu. Ini le apartment penginapan kami selama 3h & 2m. Wildan with Ayah.

Wildan with Ibu
salah satu xtvt lyn org main golf

Fraser Hill Town