Thursday, May 28, 2009

Hisap Jari

Ni nak story pasal habit Wildan sejak umur dia menginjak 15 months....Suka hisap jari. Sampai kadang tu Ibu pun naik angin tengok. Sebab air liur dia dh keluar..Tak pun dia jolok jari dia masuk dalam mulut sampai dia nak termuntah..Sapa2 ade tak petua nak hilangkan habit dia ni. Bukan ape takut sampai umur dia besar bawak habit ni.

Dah ckp elok2 ble dia masuk kan jari dia dalam mulut. Tak jalan gak..Ble di marah lg le dia masukkan sbb menangis...Ari tu pernah try taruk asam jawa kt jari dia. Dia boleh gelak hisap asam jawa yg masam tu. emm..emmm dh tak tau nk buat mcm mana...

Ade gak cubit sikit2 tangan dia sambil tu cakap baik2 tak elok hisap jari ni..Tak cantik orang tengok..Tangan ni kotor bila masuk dalam mulut. Nanti Wildan sakit..Ayah dia ckp ape itu bebel kt anak..Ntah aku pun tak tau. Yang pasti rimas tengok habit dia ni. Dah le nk gosok gigi dia amat le susah. Kadang aku kepit je kaki dgn tangan nak gosok gigi dia. Camna ye nak bagi anak senang gosok gigi..Ble nak tidur sampai basah baju di buat nya hanya untuk gosok gigi. Kalau tak gosok takut air liur dia berbau dek kerana dia suka masuk kan jari dia dalam mulut. Macam Ibu yg kejam je ble nak gosok gigi dia. Nasib le Wildan. Itu le sapa suruh masukkan jari dia tu.

Satu lagi perangai baru dia, bila dia nak marah dia akan meniarap lepas tu hantukkan dahi dia dekat lantai. dah sakit menangis..tapi dia tau benda tu sakit so dia kan hantukkan perlahan2 je. Yang ni pun puas kena marah dgn Ibu. Tapi yg ni tk le kerap. Cuma ble dia ngamuk bila x bagi main kunci, masuk ke dapur dan ape2 le yg tk boleh buat dia nk buat. Kadang aku kesian umur baru Setahun 4 bulan tapi dah kena marah dgn Ibu dan Ayah. Aku ni kalau boleh tak nak le marah2 dia. Cuma kadang tu terlepas jugak. Bila malam tengok dia tidur mula le rasa menyesal je kt hati. Rasa kesian kt dia...

Friday, May 22, 2009

Cinta Wildan pada ISOMIL makin mendalam...

Dulu kan aku pernah story psl Wildan minum susu ISOMIL day time. Tp skrg tidak lagi...Dh 2 minggu ni Wildan memaksa Ibu bangun malam2 untuk menyediakan susu untuk dia. Mule2 dulu terkebil2 mata ku ini nk bangun..Dulu masa breastfeed, bila dia bangun mlm nak susu aku susukan dia sambil baring so aku blh sambung tidur..Tapi sekarang bile dia bangun untuk minum susu aku offer susu ku ini dia minum tp setengah jam lps tu nangis..Nampak sgt dia tak kenyang. Nak tak nak terpaksa le Ibu gagahkan diri ikut kehendak dia. Dari dia tidur x lena asyik nangis je, Ibu dan Ayah juga terganggu dek tangisan Wildan tu.. Baik ikut kan je ketagihan dia tu. Lps dapat 7 auns susu dia akan campak botol amik bantal peluk dia sambung tidur. oooo Anak Ibu. Dah berakhir ke musim 'mengemping' ku ini.

Susu aku still ada tp maybe dia lagi puas hisap botol sbb laju je masuk perut dia. Ditambah juga susu Ibu pun dah kurang..So skrg kena buat duty le dgn Ayah dia...

Part yang paling malas bab susu formula ni, bila nk outing kena prepare air panas, air masak, susu, botol semua le..Leceh kan. Kalau breastfeed senang kan. Susu siap sedia untuk di minum. Tinggal nak bagi je lagi. Just prepare baju, drypers dan favourite toy dia.

Tuesday, May 19, 2009

Sepi..........

Sepi??? Aku maksudkan blog ku ini le. Entah kenapa aku sudah meminggirkan blog aku ni. Idea le yg xde. Tambah pulak tak de cerita yang menarik.

Kerja kt ofis pun banyak. Skrg aku dan En. Tauke tengah mengusahakan satu projek. "Projek" yang memerlukan uwang yg banyak...Bile le nak settle ni. Moga2 by July settle le hendaknye..

Wildan pun dah masuk 1 tahun 4 bulan. Makin aktif tak tau nk ckp. Ade habit baru kutip brg masuk dalam mulut. Adoi...pening Ibu dan Ayah. Sekarang ni dah le musim penyakit2 bahaya. Moga2 aku sekeluarga dilindungiNya.

Aku juga nk wish buat Ibu2 sekelian Happy Mother's Day. Tahun kedua bagi aku. Dah lama pun tp memandangkan baru ari ni aku update blog so nk gak le wish. Dapat hadiah tudung Ariani dari Wildan. heheheh....Ayah dia le yg belikan...Ok le tu ade gak le untuk aku ni.