Thursday, May 28, 2009

Hisap Jari

Ni nak story pasal habit Wildan sejak umur dia menginjak 15 months....Suka hisap jari. Sampai kadang tu Ibu pun naik angin tengok. Sebab air liur dia dh keluar..Tak pun dia jolok jari dia masuk dalam mulut sampai dia nak termuntah..Sapa2 ade tak petua nak hilangkan habit dia ni. Bukan ape takut sampai umur dia besar bawak habit ni.

Dah ckp elok2 ble dia masuk kan jari dia dalam mulut. Tak jalan gak..Ble di marah lg le dia masukkan sbb menangis...Ari tu pernah try taruk asam jawa kt jari dia. Dia boleh gelak hisap asam jawa yg masam tu. emm..emmm dh tak tau nk buat mcm mana...

Ade gak cubit sikit2 tangan dia sambil tu cakap baik2 tak elok hisap jari ni..Tak cantik orang tengok..Tangan ni kotor bila masuk dalam mulut. Nanti Wildan sakit..Ayah dia ckp ape itu bebel kt anak..Ntah aku pun tak tau. Yang pasti rimas tengok habit dia ni. Dah le nk gosok gigi dia amat le susah. Kadang aku kepit je kaki dgn tangan nak gosok gigi dia. Camna ye nak bagi anak senang gosok gigi..Ble nak tidur sampai basah baju di buat nya hanya untuk gosok gigi. Kalau tak gosok takut air liur dia berbau dek kerana dia suka masuk kan jari dia dalam mulut. Macam Ibu yg kejam je ble nak gosok gigi dia. Nasib le Wildan. Itu le sapa suruh masukkan jari dia tu.

Satu lagi perangai baru dia, bila dia nak marah dia akan meniarap lepas tu hantukkan dahi dia dekat lantai. dah sakit menangis..tapi dia tau benda tu sakit so dia kan hantukkan perlahan2 je. Yang ni pun puas kena marah dgn Ibu. Tapi yg ni tk le kerap. Cuma ble dia ngamuk bila x bagi main kunci, masuk ke dapur dan ape2 le yg tk boleh buat dia nk buat. Kadang aku kesian umur baru Setahun 4 bulan tapi dah kena marah dgn Ibu dan Ayah. Aku ni kalau boleh tak nak le marah2 dia. Cuma kadang tu terlepas jugak. Bila malam tengok dia tidur mula le rasa menyesal je kt hati. Rasa kesian kt dia...

No comments: