Friday, June 26, 2009

Terkedu kejap...

Baru baca artikel kt Berita Harian pasal susu soya based. Susu ni kurang kalsium. Adoi kesian anaknda ku. Tp susu ni aku bagi atas suggestion paed then ini je susu yg dia x muntah. Artikel tu ckp the best is breast milk le then kalau FM bg cow's milk. Nnti ble besar ade effect sbb soya kan sumber dari tumbuhan...Camna ni Wildan. Ni aku ade copy & paste sikit artikel nyer

"Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu. Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat. Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan. "

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja. "(artikel dari berita harian 24 Jun 2009).

Camna yer...Kena discuss with ayah Wildan. Kire2 dh dekat 7 bulan jugak le dia minum. But yg menyedapkan hati sikit. Dalam paper tu ckp kalau nk bg soya milk it's from 6 months above. Ok le skit hati ni. Sebab Wildan kan minum susu ibu sampai umur nya hampir mencecah setahun. Yelah kita semua nak yg terbaik utk anak. Lagi teruk sekarang ni Wildan bila hisap susu aku dia main2 je. Camna susu nak byk. Dia just masukkan skit nip tu. Aku try masukkan sepenuhnye smpai aerola dia blh gelak2 tak pun di gigit nye nip aku tu. Anak bertuah...Itu yg mengurangkan lagi susu aku...

Monday, June 22, 2009

HAPPY FATHER'S DAY....

Nothing much to say just Happy Father's Day to my Ayah..Semalam pagi2 dah call kampung wish dekat Ayahnda ku. Nnti kalau tak wish dia kecik hati lak kang. Yelah untuk mak berebut2 sapa dulu wish...So kena bg adil.

Dan juga untuk Ayah Wildan EnCik Asrul a.k.a Tauke Dobi...Semalam just jalan2 dekat Alamanda, Putrajaya. Tahun kedua untuk dia.

Itu jelah untuk tahun ni..Buat keluarga kecil ku..


MLM.....

Aku skrg tengah bizi survey2 bisnes MLM ni....cuba memahami kaedah dan memikirkan boleh ke bisnes ni aku ceburi. Dulu aku tak berminat nk amik tau pun tp....lately setelah aku rasa bosan with office life ni aku cuba2 le mencari apa yg ingin aku lakukan...



Tapi....aku belum le join mana2 MLM di Malaysia ni. Cuma study dulu mana yang ok. Aku takut hangat2 taik ayam je mcm kata Tauke Dobi. Dia ckp suruh aku melabur dlm dobi je dr MLM ni. Apa pun dia ckp cari2 dulu prospek yg baguih then present dkt dia...



Ape pendapat semua ok ke bisnes ni. Ape yg aku takut komitmen dan nk kena tebalkan muka. Lagi satu PR kena le bagus kan..Aku tau ade yg kaya dengan join bisnes ni di luar sana. Tapi kita tak tau mcm mana susah nya diaorg kan mencari org, promosi semua tu. Mampu ke Ibu Wildan ni?? Ape pun hari ni aku ade lunch date with my x-skul mate. Mmg dh bertahun tak jumpe. dia skrg in with MLM ni. So aku nak dengar dulu dari dia..