Friday, June 26, 2009

Terkedu kejap...

Baru baca artikel kt Berita Harian pasal susu soya based. Susu ni kurang kalsium. Adoi kesian anaknda ku. Tp susu ni aku bagi atas suggestion paed then ini je susu yg dia x muntah. Artikel tu ckp the best is breast milk le then kalau FM bg cow's milk. Nnti ble besar ade effect sbb soya kan sumber dari tumbuhan...Camna ni Wildan. Ni aku ade copy & paste sikit artikel nyer

"Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu. Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat. Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan. "

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja. "(artikel dari berita harian 24 Jun 2009).

Camna yer...Kena discuss with ayah Wildan. Kire2 dh dekat 7 bulan jugak le dia minum. But yg menyedapkan hati sikit. Dalam paper tu ckp kalau nk bg soya milk it's from 6 months above. Ok le skit hati ni. Sebab Wildan kan minum susu ibu sampai umur nya hampir mencecah setahun. Yelah kita semua nak yg terbaik utk anak. Lagi teruk sekarang ni Wildan bila hisap susu aku dia main2 je. Camna susu nak byk. Dia just masukkan skit nip tu. Aku try masukkan sepenuhnye smpai aerola dia blh gelak2 tak pun di gigit nye nip aku tu. Anak bertuah...Itu yg mengurangkan lagi susu aku...

No comments: