Tuesday, January 19, 2010

Selamat Ulang Tahun Sayang.....18-01-2008 - 18/01/2010

Selamat Hari Lahir yg ke 2 buat MUHAMMAD WILDAN AQIL...Moga jadi anak yg pintar dan cerdas. Dan anak yg soleh dapat menjaga Ibu&Ayah di hari tua nanti..Insyaallah...Ya Allah moga dapat kau pinjam anak ku ini hingga ke akhir hayat ku...



Di usia 2 tahun ini Wildan sudah semakin cerdik. Cepat tangkap ape yg kita ajar...dan ikut ape yg Ibu&Ayah buat...So Ibu&ayah kena tunjuk teladan yg baik. Wildan juga semakin banyak cakap. Banyak jugak wording yg dia tau cakap. Wildan jugak telah ke aku hantar ke Kindergarden Krista, Seksyen 7, Shah Alam. Saje bagi play school untuk dia.



Resolution Ibu untuk tahun 2010 buat Wildan :


1) Nak cuba banyak2 sabarkan diri - supaya tidak meninggikan suara dekat dia.. Yelah di umur 2 tahun ni Wildan makin aktif. Semua benda nak di kacau dan di usik. Wildan ni jenis yang tk layan permainan dia dan jugak tv. aku pun tk tau ape channel kt TV tu yg dia suka. Toy dia semua sekejap je dia main. Dia lebih suka benda2 yg kt dapur. Macam periuk , besen aku semua. Makin manja pun iye. Pantang Ibu or Ayah tak de dah melalak. Ini le yang kadang menguji kesabaran Ibu. Kita nak buat kerja tak boleh layan tantrum dia tu. Sebab tu le pitching suara Ibu terlebih sedikit kadang tu. Pity to him. Sorry ye sayang..Kadang bila dh terlepas marah kt dia sure kt hati tu rasa x best je...Sure Ibu2 yg lain sependapat dgn aku kan..Budak ni kena lebih berhemah baru le dia paham kenapa itu x boleh ini tk boleh.



2) Lebihkan kasih sayang dan beri galakan supaya dia dapat membesar lebih positif ke arah yang lebih baik - di usia begini mmg memerlukan perhatian lebih.



3) Berikan masa yang berkualiti - yelah since pindah rumah ni aku rasa masa bersama Wildan agak terhad. Rasa guilty je kt hati bile tengok dia dah tidur, penat pagi dh nk kena bangun.



4) Nak luangkan masa membaca bersama dia - supaya aku dh boleh start ajar dia membaca. Aku pernah baca anak Wardina dh boleh membaca di usia 4 tahun..Harap2 aku dapat le melakukan sebegitu terhadap Wildan. By 4 tahun dh boleh membaca. Insyaallah...



5) Rancang aktiviti yang lebih menyeronokkan untuk kami bertiga...



Semoga aku dapat menjadi Ibu terbaik buat Wildan. Amin...



P/S : Party Birthday Wildan kena postpone kot nak combine with housewarming Insyaallah...moga rezeki lebih.









Ini le WilDan AqIl dia usia 2 tahun...

2 comments:

izz said...

happy bday aqil wildan... moga menjadi permata berharga bt ayah ibu... amin..

mummywildan said...

izza : ye insyaallah..