Wednesday, January 13, 2010

Alhamdullilah.....2010 menjelma dengan permulaan yg baik..

Salam semua.....
Syukur kita dipanjangkan umur oleh Allah, semoga dengan nikmat umur panjang dapat kita manfaatkan kepada mengumpul pahala dan berusaha untuk mengurangkan dosa..
Hari ni masuk le hari ke 13 di tahun 2010 ini...Alhamdullilah selamat sudah kami sekeluarga berpindah ke kediaman baru. Sekarang masih dalam proses penyusaian diri dengan kehidupan yang baru di tahun yg baru. Hari ni masuk hari ke 2 aku bekerja setelah berehat lama. Rumah pun sudah settle le jugak tapi masih ade ruang2 yg kosong perlu diisi dengan kelengkapan yg sepatut nya..Tp buat masa ini cukup le dgn keperluan asas dulu. Yang lain kita usahakan dalam sedikit masa lagi.
Wildan jugak telah ke kindy Krista di Seksyen 7, Shah Alam. Hari ni hari ke 5 dia di kindy. Berdekatan sahaja dgn kedai Ayah nye. So far ok dia di sana. Saja nak bagi dia new invironment dan bersosial dgn rakan2 sebaya. Hari pertama aku stay about 1/2 jam utk memantau dia dan melihat ape xtvt dia. Masa pagi after breakfast diaorg berkumpul sama2 dan nyanyi2 skit. Mcm kita kecik2 dulu le nyanyi Negaraku semua..
Rutin harian aku jugak totally berubah. Permulaan hari aku seawal 5.30 pg. Kalau di rumah lama 5.30 am tu terlalu awal sedap layan tidur lg. Kalau bangun time tu macam2 yg boleh aku buat dan masak. Tapi sekarang tidak lagi bangun cuci botol susu Wildan (digunakan utk feeding time tidur tu), sediakan air mandi utk Wildan. Sediakan roti dan minuman utk 2 hero tu. After settle naik atas utk mandi dan solat. Kejutkan 2 hero tu untuk mandi dan bersiap. Rushing je rasa..Itu je yg aku buat, belum cakap nak masak lg time pagi2 tu. Sebab 6.50 am dh kena gerak dari rumah. Kalau tidak mau punch card aku merah je. Berkabus lagi...kesian Wildan le nak kena bangun awal pg. Smpai Shah Alam turunkan Wildan kt kindy then headed to my office. Macet gila federal highway. Smpai ofis ngam2 before 8.30 am..Aku nak kena adjust lg timing aku. Tambah2 timing balik kerja...Semalam aku smpai rumah dkt kul 8. TV pun x sempat dh nak layan...Masak pun tidak semalam.. Banyak yg perlu sacrified duduk jauh ni. Kena pandai susun atur jadual. Sebab balik aku ke Shah Alam dulu then baru gerak balik rumah. Penat le smpai rumah lambat. Sebab byk benda nak kena buat. Wildan pun tidur awal penat kena bangun pagi kot..Sorry Wildan kita kena ubah skit lifestyle kita. Tak sempat sangat nak main2 dgn dia. Guilty je rasa.
Tapi ini le permulaan kehidupan kami di tahun 2010. Semoga kehidupan kita semua berubah ke arah yg lebih baik. Doa aku moga dapat menjadi hamba yg baik kepada Tuhan, anak yg baik kpd org tua, isteri yg solehah buat suami terchenta dan ibu yg terbaik utk anaknda tersayang. Insyaallah...
Dan moga rezeki untuk kami sekeluarga di tahun 2010 ini berubah ke arah lebih baik. Moga CUCISUCI Laundry dan DOBIBEST lebih sukses. Dan rezeki aku sbg pekerja UEM Builders lebih baik.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah wan
jgn lupe jemput aku bila buat mkn2

-ono-

mummywildan said...

ono, insyaallah...ade rezeki aku jemput pny. rumah kosong lg le..