Tuesday, October 20, 2009

Berpindah ke kediaman baru...

Aku sekarang dengan En Tauke tgh berusaha keras utk berpindah ke kediaman kami yang telah lama dapat kunci pun...Kt atas tulah gambar rumah kami. Ramai dah kt area tu dh berpindah. Renovation bagai2. Aku skrg pun tgh pening buat budget. Yelah bukan sikit modal yg diperlukan..Actually kunci dari last year lg dh dapat. Tp we all x pindah2 sbb memikirkan jauh..
Untuk pengetahuan kawan2 rumah ku ini terletak di Seri Peristana bersebelahan dengan Saujana Utama, Sg Buloh berhadapan dengan UiTM new campus iaitu Puncak Alam. Kira rumah kami ni dekat le dgn Shah Alam. Hajat di hati nak jadi org Shah Alam yelah itukan tempat idaman En Tauke. Tapi...rumah di Shah Alam agak mahal. Agak bank pun tak nak layan loan kiteorg tu. Sampai nak bersalinkan Wildan pun pilih Shah Alam. Walhal duduk nun di KL mcm2 hospital ada. Tapi semua org di sekeliling aku ni dh sedia maklum dengan kami. Dan skrg Wildan dh jd anak Selangor pun..

Berbalik kepada niat kami untuk berpindah tu..Dulu aku target pindah after raya..tp raya pun dh smpai ke penghujung dan target plak end October tapi nampak gaya nye macam x dapat jer..Sekarang aku still di rumah flat 3 bilik ni lagi. Aku dh letih duduk rumah sekarang ini, rs dh x sesuai utk Wildan. Aku bukan le nak renovation kaw2. Cukup sekadar aku dapt kitchen cabinet idaman aku dulu..Yang lain tu mungkin boleh di pikirkan kemudian. Skrg progress grill dh siap psg then nak pasang kipas dan lampu plak. Hadoi byk jugak pakai duit. Kitchen cabinet ni dh macam2 quotation uku dapat. Kire kalau sekarang org tny aku boleh le jugak bagi pendapat dan paham material mcm mana, installation semua. Itu semua hasil dari survey aku..Until now kitchen cabinet belum lg di psg. En Tauke ckp see this week. Sebab org yg kami nak bg LOA utk kitchen cabinet kami tu outstation. Setelah berfikir2 kami setuju dengan kontraktor tersebut..dan ape yg kami nak dia boleh ikut dan harga dia agak rendah dari quotation yg aku kumpul sana sini. harap2 elok le kitchen cabinet aku tuh. yelah org budget ciput mcm nilah....

Cat rumah pun belum lagi...nampak gaya lmbt le aku pindah..Kawan2 doakan moga kami sekeluarga dapat cepat le berpindah ke rumah kami itu. Sebab aku dah letih menghuni flat 3 bilik ni...

Ini le dapur aku di mana menunggu utk di pasang kitchen cabinet..huhuhu

6 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Mummywildan, memang pening pikir nak masuk rumah...macam we all Alhamdulillah dah dapat duduk rumah sendiri...tapi tulah semua serba sederhana...kitchen cabinet pun serba sederhana...dah 4bulan pindah ni pun barang rumah tak cukup2 lagi..tapi apalah nak dibandingkan dengan dapat duduk rumah sendiri..hilang penat lelah dan berbayar ngan duit yang mengalir macam air tuh...seronok sgt!:)

mummywildan said...

Yu.Es : mmg rumah sendiri kan..tak terbanding rasanya. Tak pindah x sudah dh x larat nak byr dua rumah ni. Macam le banyak duit. dah cantik ape rumah Mimi tu. Besar lak tu. Blh kurus di buat nyer. Mslhnyer itulah modal ciput. Lmbt ler pindah. Awak kejap je pindah. Laju progressnyer..

zZana said...

sabar lah kak, x lama lagi boleh la wildan tawaf rumah tu,,:)lambat ker cepat ker..saya n kakadik memng tunggu jer house warmingnya,,hehehe

mummywildan said...

zana : ekau tak tahu akak ko ni, dh 4 tahun jd penguhuni flat yg skit hari lg krew BERSAMUMU TV3 smpai nak bg derma tabung bersamamu. hahaha..mau tak sabar, dh letih tau. biasa le projek Asrul Effendi ni mmg delay. ckp QS dulu ntah le ilmu QS dh bwk ke kedai dobi dia. housewarming tu insyaallah..takut nak ckp..

kak lieza said...

Tahniah wan..akhirnya wan akan berpindah ke teratak sendiri...mmg seronok wan kalau dok umah sendiri...mood tu mmg lain...sbb tu akak walau pun dok kat sarawak nun jauh ni...beli umah sendiri..berbaloi..dari kita dok bayar sewa kat org then umah tu bukan milik kita...apapun semoga wan cepat pindah dan dimurah kan rezeki aminnnn.....

mummywildan said...

k.liza : ni le yg memeningkan kepala otak ni..hati tu mcm2 nak yelah dh susah dok kt flet 4 tahun ni...harap2 tercapai le hajat tu k.liza..doa2kan le ye kak..