Friday, October 30, 2009

Syukur Padamu Tuhan...

Di tengah tekak aku sakit dan selsema yang masih sok sek aku dapat perkhabaran gembira....Sakit ini di kira ujian dari Tuhan jugak kan..Akhirnya pernantian aku berbaloi...Aku boleh tersenyum lebar...Alhamdullilah...PadaMu Tuhan aku meminta..PadaMu aku berserah. Semoga rezeki untuk kami sekeluarga sentiasa terbuka luas. Sebab sekarang En Tauke tengah berusaha ke arah itu..Bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian....Sebab 'BABY' baru En Tauke pun tunggu masa nak launching jer lagi..Ade satu lagi yang aku tunggu itu takpe maybe takes time.. Ade rezeki Insyaallah tak ke mana...Tak pe sabar Wan, pelan2 kayuh.
Aku kembali bersemangat...yelah dah dekat sepurnama aku menanti..Aku boleh kembali merencana apa yang nak dibuat...Semoga segalanya berjalan dengan lancar nya..Semua org ade impian kan..Aku pun sama kan..Bukan tak nak, hati ini nak tp...lambat sikit jer untuk aku menikmati..Kalau ikut hati semua nak (semlm aku a bit tersentap with somebody. I'm not sensitif but....a bit rendah diri) Tp aku masih bersyukur dapat menikmati hidup ini dengan baik. As one of my freind said, Di usia menjengah 30 ini aku dah di kurnia seorang anak ade kerja yang ok le kan untuk menampung hidup dan suami yang gigih berusaha untuk upgrade ekonomi keluarga ke arah lebih baik. (so aku pegang2 kata2 ini utk meniup semangat aku) Semoga rezeki sentiasa bersamamu Abang. Bukan ke Nabi Muhammad cakap 9/10 rezeki di dunia ini dari perniagaan...Sebab Nabi also peniaga...Abang, I know you're trying your best already to upgrade our life. Nah terpulang pada kita untuk menikmatinya...Tak payah kusut2 kepala fikir yang bukan2.
In the other hand, Aku sudah tidak sabar..

Wednesday, October 28, 2009

APARTMENT UNTUK DI JUAL...

Entry hari ini aku nak buat iklan sikit....Sebab aku dah try kt Mudah.my tak blh nak publish kan..Ini nak menolong org jualkan property nya.

Apartment di Precinct 9, Putrajaya untuk di jual.
Tingkat 4, 3 bilik dan 1 bilik air. Built up lebih kurang 850 sq ft. Freehold ok. Kemudahan lift. Berhampiran dengan Pusat Bandar. Nak ke Alamanda tu dekat jer. Berhampiran dengan Stesyen Bas dan ERL Putrajaya. Sekolah pun dekat jer.
Harga RM 130,000.00. Masih boleh dirunding. Sapa2 yang nak ade property di Putrajaya boleh le hubungi aku. Sebab bagus untuk perlaburan kerana terletak di Putrajaya. Sekarang rumah ini di sewa oleh kakitangan kerajaan. Perempuan bujang.
Itu jelah entry aku untuk hari ini....Nak detail blh hubungi aku

Tuesday, October 20, 2009

Berpindah ke kediaman baru...

Aku sekarang dengan En Tauke tgh berusaha keras utk berpindah ke kediaman kami yang telah lama dapat kunci pun...Kt atas tulah gambar rumah kami. Ramai dah kt area tu dh berpindah. Renovation bagai2. Aku skrg pun tgh pening buat budget. Yelah bukan sikit modal yg diperlukan..Actually kunci dari last year lg dh dapat. Tp we all x pindah2 sbb memikirkan jauh..
Untuk pengetahuan kawan2 rumah ku ini terletak di Seri Peristana bersebelahan dengan Saujana Utama, Sg Buloh berhadapan dengan UiTM new campus iaitu Puncak Alam. Kira rumah kami ni dekat le dgn Shah Alam. Hajat di hati nak jadi org Shah Alam yelah itukan tempat idaman En Tauke. Tapi...rumah di Shah Alam agak mahal. Agak bank pun tak nak layan loan kiteorg tu. Sampai nak bersalinkan Wildan pun pilih Shah Alam. Walhal duduk nun di KL mcm2 hospital ada. Tapi semua org di sekeliling aku ni dh sedia maklum dengan kami. Dan skrg Wildan dh jd anak Selangor pun..

Berbalik kepada niat kami untuk berpindah tu..Dulu aku target pindah after raya..tp raya pun dh smpai ke penghujung dan target plak end October tapi nampak gaya nye macam x dapat jer..Sekarang aku still di rumah flat 3 bilik ni lagi. Aku dh letih duduk rumah sekarang ini, rs dh x sesuai utk Wildan. Aku bukan le nak renovation kaw2. Cukup sekadar aku dapt kitchen cabinet idaman aku dulu..Yang lain tu mungkin boleh di pikirkan kemudian. Skrg progress grill dh siap psg then nak pasang kipas dan lampu plak. Hadoi byk jugak pakai duit. Kitchen cabinet ni dh macam2 quotation uku dapat. Kire kalau sekarang org tny aku boleh le jugak bagi pendapat dan paham material mcm mana, installation semua. Itu semua hasil dari survey aku..Until now kitchen cabinet belum lg di psg. En Tauke ckp see this week. Sebab org yg kami nak bg LOA utk kitchen cabinet kami tu outstation. Setelah berfikir2 kami setuju dengan kontraktor tersebut..dan ape yg kami nak dia boleh ikut dan harga dia agak rendah dari quotation yg aku kumpul sana sini. harap2 elok le kitchen cabinet aku tuh. yelah org budget ciput mcm nilah....

Cat rumah pun belum lagi...nampak gaya lmbt le aku pindah..Kawan2 doakan moga kami sekeluarga dapat cepat le berpindah ke rumah kami itu. Sebab aku dah letih menghuni flat 3 bilik ni...

Ini le dapur aku di mana menunggu utk di pasang kitchen cabinet..huhuhu

Wednesday, October 14, 2009

Aksi2 Wildan..

Dah lama rasa x update blog ni since story psl raya..Skrg raya pun dh di penghujung kan..Perut makin sendat dgn makanan. Yelah pegi ke open house sana sini..Tp suka je dapat jumpe kawan2 dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita..

Just nak tempek gambar2 Wildan ni..Nampak le blog ni ade update.. :-)


Wildan sembahyang...


Wildan @ salun potong rambut dia yg dh panjang tu..

Tahniah utk sabahat ku Izzarina yg baru menimang anak yg ke-3. baby boy .